Friday, January 2, 2009

Pengorbanan

After having a nice dinner with Dr Roddy, i came back and reached home around 10.00pm. I was just about to reply Edgar's comment on d previous post and d modem was turned off. Left with frustration, i forced myself to sleep only to find out that i woke up at 1.00am... yeah nice~ :(
Well i couldnt sleep after that... no internet though... Nothing to do, so I opened my MS Word and was thinking to rewrite my first 'cerpen' in my high school days... That is why this post is entitled 'Pengorbanan'. I wrote this during my 'ujian setara 2' when i was in form 5. Only the story line is d same... I alter n improvise it a bit so it will look more refreshing to me. I did post this 'cerpen' in my previous friendster blog which i had deleted a couple of months ago. hahaha... I spent like 3 hours to rewrite this. D story line is still d same as d previous one so it's not really that hard. Long time I havnt spent my time 'buat karangan' and it is very fun indeed.. It is pure fiction and has nothing to do with anybody, neither the living nor the dead. To those who wants to plagiarize, ask for permition 1st k...

“Allahuakbar Allahuakbar…” kedegengaran laungan azan memecah keheningan subuh. Terjaga dari tidur hati ku berdetik “dah subuh rupanya.” Tanpa membuang masa aku bergegas ke perigi di belakang rumah untuk mengambil wuduk. Walau seberat mana mataku sekalipun , itu bukanlah alasan bagiku untuk mengabaikan tanggung jawab sebagai muslim. Tambahan lagi aku akan menghadapi hari yang bakal mengukir sejarah dalam hidupku iaitu SPM. Setelah selesai menunaikan solat, aku keluar ke dapur lengkap dengan pakaian seragam sekolah untuk sarapan pagi. Seperti biasa hidangan sudah tersedia untuk dijamah.

“Kau dah solat tak Adli?” ibu ku bertanya terbatuk-batuk.

“Dah ibu. Ibu sihat tak?” aku bertanya kerisauan. Sejak akhir-akhir ini, kesihatan ibu bukanlah di tahap yang memberangsangkan. Namun dia acap kali menafikannya. “Ibu tak apa-apa. Cuma penat sikit,” itulah jawapan ringkas yang ibu beri setiap kali aku bertanya. Sejak ayah meninggal dunia empat tahun lalu akibat kemalangan jalan raya, ibu lah yang menjadi tunggak keluarga ini. Sebagai anak tunggal, aku pernah menyuarakan hasratku untuk berkerja sambilan. Namun ibu membantah hasratku sekeras-kerasnya. “Kau tak payah kerja, ibu mampu menyarah keluarga ini! Kau belajar lah baik-baik. Tak payah risaukan ibu. Risaukan diri kau dulu.” Kata-kata ibu beberapa tahun lalu masih lagi terngiang-ngiang jelas di telinga ini.

Aku teringat peristiwa yang berlaku awal tahun ini di saat semua pelajar sibuk membayar yuran SPM, hanya aku seorang yang belum membayarnya. Pihak sekolah memberi tempoh masa dua minggu untuk yuran itu dilangsaikan. Mendapat tahu berita ini, ibu bertungkus lumus berkerja lebih daripada biasa. Selain daripada hasil jualan kuih muih yang tidak seberapa, ibu mengambil upah menjahit daripada penduduk-penduduk kampung dan jiran-jiran terdekat. Ibu sanggup bersengkang mata menyiapkan jahitan yang ditempah dan pada masa yang sama membuat kuih untuk dijual keesokan paginya. Berkat usaha ibu, akhirnya masalahku berjaya diselesaikan. Kadang kala aku rasa bersalah kerana tidak mampu menghulurkan sebarang bantuan. Hatiku yang melihat setiap titik peluh ibu jatuh berguguran tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Hanya tuhan saja yang tahu perasaanku di saat itu.

“Oi, Adli! Apa yang kau termenung tu? Dah lewat ni” Aku terjaga dari lamunanku. Tanpa membuang masa aku menyalam tangan ibu dan bergegas ke sekolah yang terletak tidak jauh dari rumahku. Awan mendung pantas berarak menandakan hujan bakal membasahi bumi tidak lama lagi. Aku mengorak langkah lebih pantas daripada biasa dan akhirnya tiba di sekolah sepuluh minit kemudian. Tidak lama selepas itu, titik-titik hujan akirnya jatuh berguguran. Fikiranku menerjah mengimbas kembali peristiwa yang berlaku tahun lalu.

Pada hari itu, aku yang baru sahaja selesai menjalani aktiviti ko kurikulum terkandas di sekolah tatkala hujan turun dengan lebatnya. Aku bercadang untuk balik selepas hujan berhenti. Aku menunngu dan menunngu namun hujan masih belum menampakkan tanda-tanda untuk berhenti. Hari sudahpun senja dah aku bercadang untuk meredah hujan balik ke rumah. Baru sahaja aku bangun dari tempat duduk, kelibat ibu kelihatan dari jauh datang membawa payung. Air mataku menitis tanpa aku sedari. Betapa besarnya jasa seorang ibu terhadap anak-anaknya. Lebih-lebih lagi ibu kandungku ini. “Kring Kring!” loceng berbunyi bising membawa aku balik ke alam nyata. Aku mengambil semua alat tulis dan bergegas masuk ke dewan peperiksaan. Dengan lafaz bismillah aku membuka kertas soalan dan menjawab dengan tenang.

Masa pantas berlalu dan tanpa aku sedari, hari ini adalah hari keputusan SPM diumumkan. Dengan harapan yang utuh, aku membuka langkah ke sekolah. Rasa gementar itu memang tidak dapat dielakkan. Lebih-lebih lagi apabila Awang memberitahuku bahawa aku mendapat 10A1 setiba saja aku di pagar sekolah. Pada mulanya aku bersangka itu hanyalah sekadar gurauan. Rupanya apa yang dia katakan itu benar-benar belaka. Sukar untuk aku mempercayai apa yang ku lihat tertera di atas slip peperiksaanku. Itulah hari yang terindah aku pernah rasakan sejak sekian lama. Bergagai-bagai pujian yang aku terima daripada guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan. Dengan hati gembira aku mengorak langkah balik ke rumah. “Ibu mesti gembira!” hatiku menjerit keriangan.

Aku bergegas ke dapur sebaik saja aku sampai di rumah. Hatiku yang riang bertukar menjadi panik tatkala melihat ibu tersungkur di atas lantai. Aku menjerit meminta pertolongan daripada Pak Samad, jiran terdekatku untuk membawa ibu ke hospital berhampiran. Ibu dimasukkan ke bilik kecemasan sebaik saja kami tiba. Tiada sebarang perkataan yang mampu menggambarkan perasaanku ketika itu termundar mandir di hadapan bilik kecemasan. Setengah jam kemudian, doktor keluar memanggilku.

“Adik, ibu kamu tidak mampu bertahan lagi. Penyakit barah yang dihadapinya sudah mencapai tahap kronik. Kami tidak mampu berbuat apa-apa. Dia cuma ada lebih kurang dua hari saja lagi…” Hatiku hancur persis kaca di hempas ke batu di saat itu . Air mataku mengalir deras tanpa ditahan-tahan lagi. Hari yang sepatutnya hari terindahku bertukar menjadi mimpi ngeri yang tidak mampu dibayangkan. Aku meluangkan setiap masa emas ku di samping ibu sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Kini, aku berdiri di hadapan kubur kedua-dua ibu bapa ku. Berdiri megah bersama isteri dan anak-anak yang tercinta. Aku yakin mereka gembira dengan pencapaianku andai kata mereka masih lagi mengorak langkah di atas buka bumi ini. Berbekalkan keputusan cemerlangku dalam SPM, aku melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan biasiswa yang ditawarkan. Aku kini seorang doktor berjaya. Itulah yang ibu dan ayah impikan selama ini. Ibu, ayah, terima kasih buat segala-galanya…


p/s : i hav one more new year resolution which is to update this blog more often! hehehe

No comments: